Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


CITRA PURNAMA PRODUCTION



Pada tarikh Februari 2020, Kumpulan 6 iaitu Citra Purnama Production telah melakukan aktiviti berkumpulan iaitu menyenaraikan lima elemen asas garfik dalam multimedia. Proses awal ialah memilih 5 hasil karya dalam majalah untuk menerangkan elemen asas grafik yang telah dipelajari, antaranya mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan mengikut gambar yang telah dipilih. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah gunting, UHU Stick, mounting board, reben, majalah dan pisau lipat. Seterusnya, proses mendapat pandangan dan persetujuan daripada Prof. Normaliza  sama ada gambar-gambar yang telah dipilih mengikut elemen asas grafik.


Proses menyiapkan muka hadapan buku skrap, menggunakan huruf dan nombor yang dicari di dalam majalah. Di samping itu, proses untuk menampal gambar di dalam majalah yang dipilih di atas mounting board dengan kemas. 


Elemen Asas Grafik: Keseimbangan
Gambar pokok di waktu senja seimbang dari kiri dan kanan serta atas dan bawah dari segi penggunaan warna terang di ruang atas dan warna gelap di ruang bawah. Grafik yang ada dalam gambar dapat disampaikan dengan baik. 


Elemen Asas Grafik: Teks
Saiz font yang dipilih sesuai dalam persembahan grafik.Penggunaan latar belakang masjid menunjukkan elemen teks yang digunakan di dalam majalah. Hal ini dapat dilihat penggunaan teks yang seimbang di ruang atas seimbang dengan penggunaan teks di bahagian ruang bawah gambar. Selain itu, warna font yang menarik juga perlu dalam asas grafik.


Elemen Asas Grafik: Kesesuaian
Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat dalam sesebuah gambar. Gambar laut dipilih menunjukkan latar tempat yang tenang dan sesuai ditonjolkan di dalam majalah. Penggunaan warna biru dan putih memberi ketenangan kepada pembaca.


Elemen Asas Grafik: Warna
Kombinasi warna yang sesuai yang ditunjukkan dalam gambar. Penggunaan melebihi tiga warna menyampaikan mesej bahawa bahan yang dipaparkan ialah alat kosmetik yang menyerlah dan menarik.

Elemen Asas Grafik: Mudah
Gambar Air Terjun kerana gambar tersebut sangat ketara mudah difahami ialah air terjun.



Hasil kerja yang telah disiapkan secara berkumpulan.  

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...