Thursday 20 February 2020

KELUARGAKU TERSAYANG


Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai keluarga saya. Saya mempunyai lapan orang adik beradik, dan sekarang cuma ada tujuh orang kerana kakak saya telah meninggal dunia. Saya ada tiga orang abang dan empat orang kakak. Ayah saya bernama Ishak Bin Awang, berasal dari Endau Johor dan merantau di Pahang untuk sekian lama dan bertemu dengan emak saya yang berasal dari Kuala Lipis Pahang. Emak saya bernama Sabariah binti Mat Natar. Emak saya seorang yang cantik, lemah lembut dan penyayang. Emak saya mempunyai satu hobi iaitu menyanyi. Dahulu saya pernah mengajar emak saya menyanyi di dalam satu aplikasi iaitu SMULE, jadi semenjak itu dia belajar menggunakan aplikasi tersebut sehingga dia arif. Emak saya selalu menyanyikan lagu-lagu 90-an terutamanya lagu-lagu Tan Sri PRamlee dan Saloma. Ianya amat mengimbau kenangan zaman dahulu. Ayah saya pula merupakan bekas Ustaz tapi sehingga kini ayah saya masih dikenali sebagai ustaz, Peribadi ayah saya sangat garang, ayah saya juga jarang tersenyum. Meskipun begitu saya tahu ayah saya seorang yang baik dengan ahli keluarganya. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Nor Azni Sofi, dia sangat rapat dengan saya walaupun jarak umur kami yang jauh tapi tetap tidak menjadi masalah. Dia sangat rajin memasak dan masakkan dia sangat sedap. Kakak saya suka memasak makanan yang saya minta. Selain itu, dia juga selalu mendengar masalah saya dan sebagainya. Sedikit mengenai adik beradik lelaki saya iaitu abang sulung saya berumur 43 tahun dan telah berkahwin dengan seorang guru. Abang sulung saya menetap di Rompin Pahang. Rumah saya di Jerantut Pahang, iaitu di Felda Padang Piol. Saya suka tentang persekitaran rumah saya yang berkelompok dan menyeronokkan.  Keluargaku tersayang, merupakan keluarga yang sangat aku kasihi dan sayangi. Pergorbanan kedua ibu bapaku akan aku ingati hingga selama-lamanya. Terima kasih! Love yoouuuu.





No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...