Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020Satu; Tugasan Minggu Ke-5


BAHAGIAN B:
Kepentingan Rule Of Thirds

Rule Of Thirds merupakan teknik fotografi yang sangat penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Semasa mengambil gambar seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan secara kotak grid. Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakkanya dekat garisan dan persimbangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan dalam fotografi. Rule of Thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih baik dan menarik. Rule of Third kebanyakannya memang ada di setiap telefon bimbit hal ini amat baik kerana pengguna telefon bimbit dapat menggunakannya apabila diperlukan iaitu bagi mengambil gambar dan mementingkan asas grafik keseimbangan di dalam gambar. Sebagai contoh, kotak grid dapat digunakan untuk mengambil gambar sesuatu pemandangan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Selangor. Penerbit UPM.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...