Senaraikan 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa
1. Bersikap pemurah
2. Rajin menolong keluarga
3. Menghargai pemberian orang
Cerita Sosial 2 yang bertajuk saya yang istimewa ini memaparkan tiga nilai antaranya bersikap pemurah. Alim merupakan seorang kanak-kanak bersikap pemurah kerana beliau berkongsi buah-buahan dengan rakannya Sulaiman. Dia mengingati pesan ibu dan bapanya supaya berkongsi rezeki dengan orang lain. Selain itu, Alim juga sering menolong keluarganya seperti mengemas rumah. Nilai yang terakhir ialah menghargai pemberian orang lain seperti Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih atas pemberian buah-buahan oleh Alim dan dia amat gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman.
Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT