Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar

Assalamualaikum, pada hari Jumaat yang lalu,  iaitu 3 Julai 2020, kami dikehendaki menyediakan tugasan kalendar bagi tahun 2021. Kami perlu membuat kalendar dari bulan Januari sehingga bulan Disember 2020. Baiklah, sejujurnya tugas ini merupakan tugas yang mencabar bagi saya kerana saya tidak pernah menggunakan Photoshop. Semasa mula-mula saya menggunakan Photoshop yang merupakan percubaan itu. Komputer riba saya benar-benar tidak berfungsi dengan baik, berat dan tak bergerak. Selain itu, Photoshop ini juga tidak dapat digunakan dengan baik pada komputer saya. Tetapi selepas saya memuat turun Photoshop yang original maka segala masalah berkurangan. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Normaliza dan Encik Akmal kerana banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.


























BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...