Sunday 3 January 2021

BBM3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 

Masihkah kau ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri

(Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku)

- Menggunakan perkataan atau ayat sendiri sesuai dengan kefahaman yang diperolehi melalui sumber utama iaitu buku atau mana mana artikel yang sahih yang boleh dijadikan rujukan.

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

- Sentiasa melihat kajian yang dilakukan dan menyemak menggunakan mesin pengimbas plagiat. Dengan ini, jurnal yang dikaji tersebut bebas dari unsur meniru dan sebagainya.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder. 

- Melakukan kajian dengan melihat dan merujuk sumber yang pertama bagi memastikan maklumat yang diperolehi benar dan tidak ada sebarang penambahan maklumat. Jangan menggunakan sumber lain untuk dijadikan bahan kajian.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

- Perbanyakkan merujuk sumber yang terbaharu terutamanya lima tahun sebelum kajian. Hal ini boleh menyebabkan pengkaji memperoleh banyak maklumat yang baharu.

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

- Bagi mendapatkan sumber atau bahan kajian pengkaji boleh menghadiri seminar seminar tesis atau melihat sendiri pembentangan yang dilakukan oleh pelajar lain.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

- Membuat rujukan dengan penyelia yang ditugaskan untuk membantu pelajar dan tidak perlu merujuk orang lain. Hal ini bagi menyebabkan pengkaji tidak merasa keliru dengan kajian yang dilakukan.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

- Setiap kajian yang dilakukan tidak mengira peringkat bacelor, master mahupun Phd perlu mengikut jumlah halaman tesis yang ditetapkan.

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-120 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakhluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

- Tesis yang lengkap dan sempurna perlu mematuhi maksimum 80 halaman yang ditetapkan mengikut setiap peringkat juga kepada kehendak pensyarah dan fakulti.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

- Menyenaraikan aktiviti dan rancangan di dalam jadual sepanjang tempoh kajian yang dilakukan.



 Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang Penerbit Universiti Putra Malaysia


Kedatangan M11:



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...