Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5

BAHAGIAN B:

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian, secara umumnya yang kita ketahui bahawa apabila menulis atau menceritakan sesebuah cerita atau penulisan di media sosial memerlukan keyakinan yang tinggi kerana apabila seseorang membaca penulisan tersebut berkemungkinan mereka ingin memahami apa yang telah disampaikan oleh seseorang sebagai contoh, pengalaman atau cerita individu itu sendiri yang telah dialami di masa lalu atau tengah mengalaminya sekarang.  Selain itu, penulis juga bersikap negatif apabila ada orang lain yang membaca penulisannya di media sosial yang membuatkannya berasa takut untuk menulis. Apabila sesuatu cerita telah disampaikan melalui media sosial cerita tersebut mestilah benar dan sahih selain cerita tersebut betul-betul berlaku. Penulis juga takut bahawa apa yang disampaikan mungkin mendorong salah faham kepada pembaca misalnya kesalahan maklumat yang disampaikan atau akan mengundang benda-benda yang tidak baik berlaku antara penulis dan juga pembaca. (Normaliza Abd Rahim,2014)
Seterusnya, para pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti agar mereka lebih memahami proses pembelajaran bahasa. Pelajar perlu juga melibatkan diri dalam media sosial untuk mewujudkan jaringan komunikasi dengan orang lain juga dengan kawan rapat. Sebagai contohnya, seorang pelajar juga perlu mempunyai akaun Instagram, Twitter atau Facebook. Hal ini perlu ada bagi memudahkan urusan sosial dua hala dengan rakan-rakan. Dengan itu, pelajar tidak hanya membaca buku kerana mereka boleh menjadi tertekan kerana tidak ada interaksi dengan kawan-kawan. Pelajar juga boleh belajar secara tidak langsung dengan aplikasi media sosial seperti Twitter kerana di situ juga terdapat bahan ilmu yang boleh dibaca.


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (20190, Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...