Pada suatu hari, bapa Alim pulang dengan membawa buah-buahan yang sangat banyak. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya sangat gemar makan buah-buahan. Seraya itu anak-anaknya datang untuk menikmati buah-buahan tersebut. Alim, Abang Imran, Kakak Madinah dan Aisyah gembira menikmati buah-buahan itu. Ibu Alim mengajar mereka untuk meletakkan sampah ke dalam bekas yang disediakan. Adik-beradik Alim mengangguk faham. Alim ingin berkongsi makanan itu bersama Sulaiman. Alim ingat pesan ibu dan bapa untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Alim seorang anak yang baik. Selepas itu Alim terus memberi buah-buahan untuk Sulaiman. Sulaiman turut tersenyum. Alim pulang tersenyum riang. Alim terus menolong adik-beradiknya mengemas. Seusai itu Alim keluar dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman, Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih. Alim terus menjawap sama-sama. Mak Cik Timah tiba-tiba kelihatan sedih tetapi sebenatnya dia amat gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman. Alim terus masuk ke rumah sambil melambai-lambai kepad Mak cik Timah. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan Alim sekeluarga.
Rujukan Buku:
No comments:
Post a Comment