Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Alim yang akan pulang ke kampung bersama keluarganya di Kajang, iaitu kampung nenek dan datuknya. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan ayam dan itik di kampung. Mereka tiba di kampung, Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik tetapi tidak jumpa. Jadi dia merasa sedih dan marah. Nenek dan datuk mencari Alim yang berada di tepi reban. Alim memberitahu nenek dan datuk bahawa ayam dan itik sudah tiada setelah ditanya oleh nenek dan datuk. Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tidak ada, dia menyangka ayam dan itik sudah mati. Kemudian, nenek menunjuk sekumpulan ayam dan itik yang berada di dalam reban yang baharu. Alim tidak sedih lagi, dan tersenyum melihat ayam dan itik. Seterusnya, Alim masuk ke rumah nenek dan datuk, dia memandang sekeliling dan merasa pelik kerana rumah nenek dan datuk berlainan daripada biasa. Alim sedih lagi . Nenek memujuk Alim seraya bercerita tentang peralatan dalam rumah. Alim berhenti menangis. Alim terus duduk di ruang tahu dan menonton televisyen. Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat keadan Alim. Tetapi mereka cuba membantu Alim yang menangis tanpa sebab itu. Alim ketawa dan bergembira bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Mereka tertawa bersama-sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...
-
1. Berhenti bimbang! Belajar untuk mempercayai Yang Maha kuasa dalam semua keadaan, walaupun anda tidak dapat melihat gambaran keseluruhanny...
-
TEKS ASAL: 10. Keputusan dan Perbincangan. Analisis Tanpa Jadual - 2 (Bab 4) Kita mulakan dengan bab 4. Bahagian keputusan dan perbincan...
-
M2 - TERJEMAHAN CERITA PENDEK NURUL AMIRAH NADIAH ISHAK AINUR NADHIRAH ABU BAKAR 196069 ...
No comments:
Post a Comment