Thursday 13 February 2020

BBM3401Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog yang Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8.  Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Perkara di atas merupakan 10 cara penulisan blog yang baik. Pertama, tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca. Sebagai contohnya, sekiranya tajuk tersebut menarik pembaca akan membuka halaman tersebut untuk melihat isi kandungan blog. Selain itu, cerita yang dikisahkan dalam blog tersebut juga dapat memujuk pembaca untuk membaca blog tersebut. Seterusnya, dengan memasukkan ayat-ayat yang humor dan berbentuk jenaka dapat membuatkan kandungan dalam blog tampak lagi menarik. Blog yang bagus dapat menyajikan hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Tambahan pula, penulisan blog perlu dikaitkan dengan berita terkini yang ada di dalam negara dan berita yang menjadi tumpuan orang ramai sebagai contoh, berita tentang bencana yang berlaku baru-baru ini seperti banjir di Jakarta, Indonesia. Penulisan blog yang baik juga menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dan pembaca dapat membaca penulisan dengan baik kerana susunannya yang teratur. Penulisan blog yang baik juga ialah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca sebagai contoh, maklumat yang ingin disampaikan oleh penulisan dapat difahami oleh pembaca dengan baik. Penulisan blog yang baik juga dapat diwujudkan dengan memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda iaitu dengan menekankan aspek kesantunan berbahasa dan menggunakan ayat-ayat yang baik. Akhir sekali, penulisan blog yang baik ialah dengan mempunyai ilmu dalam bidang penulisan pendidikan seperti ilmu penulisan yang dipelajari ketika belajar di sekolah ataupun IPTA. Normaliza Abd Rahim (2014)

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.









No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...