Sunday 13 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK


Semasa Prof Normaliza belajar di luar negara iaitu di United Kingdom (UK) Prof ingin mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kedai Pakistan supaya dapat mencari sumber makanan yang halal. Rupanya, pelajar di sana juga berbuat demikian juga. Apabila prof sampai ke lapangan terbang UK, terdapat ramai orang Melayu yang menunggu di sana dan ada persatuan Melayu. Prof terkejut, ramai sahaja orang Melayu dan kedai makanan halal juga banyak, kemudahan masjid dan mudah untuk solat berjemaah. Tetapi di UK, wujudnya masalah iaitu komuniti di sana perlu bertegur sapa, tidak seperti di Malaysia kerana komuniti di sana kecil, sekiranya pergi ke pasaraya, terjumpa orang Melayu tetapi orang Melayu di sana tak suka bertegur sapa sesama Melayu. Prof pernah menegur tapi tak diendahkan, rupanya ada yang tak suka ditegur dan buat tak endah sahaja. Lainlah kalau orang dari negara lain seperti Brunei, Indonesia atau Singapura. Komuniti orang Brunei sangat sedikit di sana. Di negara orang kita rasa bangga tapi tak semua orang sama macam kita, tak suka berkawan sesama Melayu. Mungkin mereka pernah rasa apabila menegur orang Melayu tetapi mendapat respon yang sama. Jadi mereka bertekad tak nak menegur lagi. Suatu hari Prof jumpa artis, dan menegurnya artis itu sekadar tersenyum. Apabila berada di negara orang, hargai orang Melayu yang ada tujuan yang sama untuk belajar dan cari rezeki di sana. Tetapi perlu ingat tak semua orang ada pemikiran macam kita. Kesimpulannya, belajar menghargai dan bangga jadi rakyat Malaysia tetapi tidak boleh melebih-lebih kerana orang barat tidak suka kehadiran kita terutama ketika keluar berkumpulan. Akhir kata, kalau boleh jangan duduk luar negara. Duduk sahaja di Malaysia ❤

Kehadiran kelas Minggu 6


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...