Thursday 27 February 2020

BBM3210Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA. BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Model Penceritaan ini menceritakan tentang seorang anak yang berasa puas hati kerana dapat menolong ibu dan bapanya melakukan sesuatu pekerjaan bermula waktu pagi sehingga malam menjelma. Kegigihan seorang anak yang amat mengasihi ibu bapanya dengan menolong keluarganya walaupun mungkin dia juga sedang sibuk dengan perkara lain. Selain itu juga, anak tersebut sangat menyayangi kedua ibu bapanya dan dia juga akan bersikap hati-hati menjaga diri dari segi budi pekerti dan tingkah lakunya terhadap ahli keluarganya kerana dengan adanya tingkah laku yang baik seorang anak dapat menjaga diri dan hormat akan orang lain juga seperti menghormati orang tua. Seterusnya, anak itu juga sangat menyayangi semua ahli keluarganya termasuk abang, kakak adik dan juga saudara-maranya. Adik-beradik selalu ada dengan kita ketika kita memerlukan, sebagai adik atau abang kita boleh meminta pendapat juga meluahkan apa yang terbuku di dada kepada adik-beradik kita.  Anak tersebut percaya bahawa ahli keluarga ialah orang yang sentiasa ada bersama kita walaupun orang sekeliling pergi dari hidup kita. Dia juga menekankan bahawa sebuah keluarga saling memerlukan antara satu sama lain, kerana keluarga merupakan anugerah terindah daripada tuhan dan manusia amat memerlukan keluarga ketika susah dan menghadapi sebarang masalah. Ketika anak sedang gembira, ibu bapa ialah orang yang paling bahagia kerana kehidupan anak mereka sangat aman dan harmoni. 


Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT





No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...