Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN BAB 6 




  Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Kajian ini turut menggunakan responden lelaki dan wanita. Responden wanita lebih banyak meluahkan perasaan menerusi blog kerba cara tersebur lebih baik berbandingdengan ketiga-tiga cara tersebut. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding responden lelaki yang tidak berminat untuk meluahkan perasaan di laman blog kerana ia boleh dibaca oleh orang lain dan mungkin akan mendatangkan rasa malu. Responden wanita juga gemar menulis blog bagi meluahkan perasaan secara peribadi dan pada setiap hari. Bagi responden lelaki pula peratusan lebih tinggi dalam pemikiran kritis iaitu melalui teka-teki. Mereka lebih gemar menulis teka-teki kerana dapat meningkatkan motivasi menggunakan bahasa sasaran dan teruja untuk menyelesaikan teka-teki dariapada blog rakan mereka. Ia juga lebih mencabar minda dan secara automatik dapat berfikir secara kritis.

   Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran teknologi pula menerusi tiga cara iaitu video, audio dan fotografi. Kedua-dua responden lebih gemar pembelajaran teknologi dalam blog secara video dan audio. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dapar memotivasi mereka untuk mencuba perkara baharu di dalam blog. Melalui penggunaan video dan audio sekaligus memberi kelebihan terhadap penceritaan yang ditulis di blog. Responden lelaki dan wanita teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka supaya kelihatan lebih menarik dan seronok. Menerusi ketiga-tiga bahagian ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden  yang terlibat dalam kajian ini memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. 


    Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan dapat dirumuskan melalui tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusateraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Lakaran graf yang dilukis menunjukkan responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan lebih banyak memilih penulisan secara cerpen pendek berbanding puisi, skrip, drama dan pantun. Hal ini disebabkan cerpen pendek lebih mudah dan efektif untuk ditulis oleh setiap golongan. Responden wanita juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Oleh itu, kedua-dua responden ini juga menyatakan bahawa cerpen yang ingin disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca.

    Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Kajian ini turut menggunakan responden lelaki dan wanita. Responden wanita lebih banyak meluahkan perasaan menerusi blog kerana dengan cara tersebut lebih baik berbanding dengan ketiga-tiga cara tersebut. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding reponden lelaki yang tidak berminat untuk meluahkan perasaan di laman blog.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...