Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: BUKU KAJIAN WACANA

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Donvei & Scott (1997)


Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran'
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-conaige)
7. Penstrukturan penggunaan kaedah bukan bahasa(Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim,2018 ringkasan kepentingan Taksonomi Strategi Komunikasi ialah peninggalan mesej yang bermaksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengan ayat supaya ayat tersebut tidak lewah atau berlebih-lebihan. Pengelakan topik pula ialah pengelakan menulis sesuatu topik kerana tidak tahu akan sesuatu perkataan tersebut.Penukaran mesej ialah penukaran mesej asak dengan mesej yang baharu kerana pengurangan kosa kata. Penghampiran pula ialah penggunaan perkataan yang ada semantik yang sama dengan perkataan sasaran. Seterusnya. penggunaan perkataan bermaksud tujuan penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat. Penstrukturan semula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa. Kepentingan lain ialah terjemahan literal yang merupakan terjemahan sesuatu perkatan, frasa atau sebagainya. Selain itu, pengantarabangsaan bermaksud bahasa lain dari bahasa  dan diubah suai secara fonologi kepada bahasa sasaran. Penukaran kod pula bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Tambahan pula, penggunaan perkataan yang tiada  makna atau strategi penanda digunakan untuk menggantikan degan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tiada makna.



Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...