Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Pada pendapat saya logo tersebut menggambarkan keluarga yang bahagia, keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain. Seorang adik yang sangat gembira bersama abang dan kakaknya selain berasa bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni, Selain itu juga, terdapat gambar latar belakang yang menceritakan mereka bersama-sama beriadah di taman permainan. Bermain tidak kira jemu, meluangkan masa bersama-sama. Seterusnya, seorang adik yang akan menjaga diri dengan baik dan berbakti kepada ibu bapa tercinta.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment