Thursday, 27 February 2020

BBM3210Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA. BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Model Penceritaan ini menceritakan tentang seorang anak yang berasa puas hati kerana dapat menolong ibu dan bapanya melakukan sesuatu pekerjaan bermula waktu pagi sehingga malam menjelma. Kegigihan seorang anak yang amat mengasihi ibu bapanya dengan menolong keluarganya walaupun mungkin dia juga sedang sibuk dengan perkara lain. Selain itu juga, anak tersebut sangat menyayangi kedua ibu bapanya dan dia juga akan bersikap hati-hati menjaga diri dari segi budi pekerti dan tingkah lakunya terhadap ahli keluarganya kerana dengan adanya tingkah laku yang baik seorang anak dapat menjaga diri dan hormat akan orang lain juga seperti menghormati orang tua. Seterusnya, anak itu juga sangat menyayangi semua ahli keluarganya termasuk abang, kakak adik dan juga saudara-maranya. Adik-beradik selalu ada dengan kita ketika kita memerlukan, sebagai adik atau abang kita boleh meminta pendapat juga meluahkan apa yang terbuku di dada kepada adik-beradik kita.  Anak tersebut percaya bahawa ahli keluarga ialah orang yang sentiasa ada bersama kita walaupun orang sekeliling pergi dari hidup kita. Dia juga menekankan bahawa sebuah keluarga saling memerlukan antara satu sama lain, kerana keluarga merupakan anugerah terindah daripada tuhan dan manusia amat memerlukan keluarga ketika susah dan menghadapi sebarang masalah. Ketika anak sedang gembira, ibu bapa ialah orang yang paling bahagia kerana kehidupan anak mereka sangat aman dan harmoni. 


Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT





Sunday, 23 February 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik


Kumpulan 7:


Gambar yang dipilih perlu mempunyai keseimbangan iaitu objek yang berada di kiri, kanan seimbang serta atas dan bawah juga seimbang. 



 Gambar yang dipilih mempunyai kesesuaian iaitu gambar tersebut sesuai dengan latar tempat,latar masa dan latar watak yang ada di dalam sesebuah gambar.

  Warna yang dipilih mestilah sesuai dengan gambar. Kebiasaannya, sesebuah gambar hanya mempunyai tiga ton warna sahaja. Gambar yang mempunyai warna membuatkan gambar tersebut cantik dan menarik.
 Asas grafik mudah ialah, senang difahami tentang sesuatu gambar itu. Gambar tersebut jelas dan tiada andaian kedua yang meragukan pembaca untuk memahami gambar tersebut.


  Teks yang digunakan mengikut asas grafik ialah teks yang sesuai dengan jenis dan saiz fonts. Selain itu, teks perlulah sesuai dengan latar belakang gambar yang digunakan.


Assalamualaikum, secara keseluruhannya kumpulan kami (Citra Purnama Production) telah mendapat tiga markah dari prof. Kami bersyukur kerana mendapat markah yang agak baik walaupun terdapat kesalahan kekemasan pada tugasan kami itu. Tapi tidak mengapa kami belajar dari kesilapan. 

BBM3410Satu: Blanked Test 2.0

 Soalan 1: Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?

Jawapan: Medium shot dalam gambar menujukkan serang gadis yag jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menujukkan bahawa gambar medium shot ini hendak memfokuskan gadis tersebut.

Soalan 2: Apakah yang dimaksudkan kesesuaian dalam gambar?

Jawapan: Kesesuaian gambar mengikut latar tempat, latar masam, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.




BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI



Pemandangan: Menggunakan asas fotografi pemandangan, gambar diambil dari jauh untuk menunjukkan gambar keseluruhan pandangan pokok dan juga awan.





           Gambar Potrait diambil utk memfokuskan gambar seseorang dalam jarak yang lebih dekat.






Gambar Mug shot: Nurul Najwa Moh Zamahuri



Gambar Mug shot: Siti Noor Farihin Abd Manas



Gambar Mug Shot: Nurul Najwa Omar Dani


Gambar Mug shot: Anis Maisarah Shahrulnizam


Gambar Mug Shot: Nor Umirah Hamzah



Gambar Mug shot: Fira Hanis Amanina Abd Rashid



Gambar Mug shot: Fathin Nadzira Zabidi




Gambar Mug shot: Intan Syahira Mohd Isa



                                                           
                                             Gambar Mug Shot: Ahmad Faisal Mohamad

Gambar Mug Shoot: Nurul Amirah Nadiah Ishak


Gambar Close-up yang diambil dari jarak dekat dan memfokuskan wajah seseorang. Gambar close-up pertama, memfokuskan mata seseorang dan gambar yang kedua memfokuskan alat solek iaitu gincu.


Gambar Medium Shot: Gambar yang diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera. Wajah sesorang lebih menyerlah berbanding dengan long shot. 


Gambar Long Shot: Gambar diambil dari jarak yang jauh dari kamera. Ada dua orang kelihatan di dalam gambar tersebut.

Thursday, 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF.DR NORMALIZA ABD RAHIM


Pada suatu hari, bapa Alim pulang dengan membawa buah-buahan yang sangat banyak. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya sangat gemar makan buah-buahan. Seraya itu anak-anaknya datang untuk menikmati buah-buahan tersebut. Alim, Abang Imran, Kakak Madinah dan Aisyah gembira menikmati buah-buahan itu. Ibu Alim mengajar mereka untuk meletakkan sampah ke dalam bekas yang disediakan. Adik-beradik Alim mengangguk faham. Alim ingin berkongsi makanan itu bersama Sulaiman. Alim ingat pesan ibu dan bapa untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Alim seorang anak yang baik. Selepas itu Alim terus memberi buah-buahan untuk Sulaiman. Sulaiman turut tersenyum. Alim pulang tersenyum riang. Alim terus menolong adik-beradiknya mengemas. Seusai itu Alim keluar dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman, Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih. Alim terus menjawap sama-sama. Mak Cik Timah tiba-tiba kelihatan sedih tetapi sebenatnya dia amat gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman. Alim terus masuk ke rumah sambil melambai-lambai kepad Mak cik Timah. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan Alim sekeluarga.


Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

KELUARGAKU TERSAYANG


Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai keluarga saya. Saya mempunyai lapan orang adik beradik, dan sekarang cuma ada tujuh orang kerana kakak saya telah meninggal dunia. Saya ada tiga orang abang dan empat orang kakak. Ayah saya bernama Ishak Bin Awang, berasal dari Endau Johor dan merantau di Pahang untuk sekian lama dan bertemu dengan emak saya yang berasal dari Kuala Lipis Pahang. Emak saya bernama Sabariah binti Mat Natar. Emak saya seorang yang cantik, lemah lembut dan penyayang. Emak saya mempunyai satu hobi iaitu menyanyi. Dahulu saya pernah mengajar emak saya menyanyi di dalam satu aplikasi iaitu SMULE, jadi semenjak itu dia belajar menggunakan aplikasi tersebut sehingga dia arif. Emak saya selalu menyanyikan lagu-lagu 90-an terutamanya lagu-lagu Tan Sri PRamlee dan Saloma. Ianya amat mengimbau kenangan zaman dahulu. Ayah saya pula merupakan bekas Ustaz tapi sehingga kini ayah saya masih dikenali sebagai ustaz, Peribadi ayah saya sangat garang, ayah saya juga jarang tersenyum. Meskipun begitu saya tahu ayah saya seorang yang baik dengan ahli keluarganya. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Nor Azni Sofi, dia sangat rapat dengan saya walaupun jarak umur kami yang jauh tapi tetap tidak menjadi masalah. Dia sangat rajin memasak dan masakkan dia sangat sedap. Kakak saya suka memasak makanan yang saya minta. Selain itu, dia juga selalu mendengar masalah saya dan sebagainya. Sedikit mengenai adik beradik lelaki saya iaitu abang sulung saya berumur 43 tahun dan telah berkahwin dengan seorang guru. Abang sulung saya menetap di Rompin Pahang. Rumah saya di Jerantut Pahang, iaitu di Felda Padang Piol. Saya suka tentang persekitaran rumah saya yang berkelompok dan menyeronokkan.  Keluargaku tersayang, merupakan keluarga yang sangat aku kasihi dan sayangi. Pergorbanan kedua ibu bapaku akan aku ingati hingga selama-lamanya. Terima kasih! Love yoouuuu.





BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH




Gambar di atas menunjukkan tentang manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Media sosial amat memberi impak yang sangat baik dalam sesi pembelajaran.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...