Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF.DR NORMALIZA ABD RAHIM

Pada suatu hari, bapa Alim pulang dengan membawa buah-buahan yang sangat banyak. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya sangat gemar makan buah-buahan. Seraya itu anak-anaknya datang untuk menikmati buah-buahan tersebut. Alim, Abang Imran, Kakak Madinah dan Aisyah gembira menikmati buah-buahan itu. Ibu Alim mengajar mereka untuk meletakkan sampah ke dalam bekas yang disediakan. Adik-beradik Alim mengangguk faham. Alim ingin berkongsi makanan itu bersama Sulaiman. Alim ingat pesan ibu dan bapa untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Alim seorang anak yang baik. Selepas itu Alim terus memberi buah-buahan untuk Sulaiman. Sulaiman turut tersenyum. Alim pulang tersenyum riang. Alim terus menolong adik-beradiknya mengemas. Seusai itu Alim keluar dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman, Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih. Alim terus menjawap sama-sama. Mak Cik Timah tiba-tiba kelihatan sedih tetapi sebenatnya dia amat gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman. Alim terus masuk ke rumah sambil melambai-lambai kepad Mak cik Timah. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan Alim sekeluarga.



Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

BBM3410Satu2020: BUKU KAJIAN WACANA


BAHAGIAN A

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)
           

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

NURUL AMIRAH NADIAH BINTI ISHAK 196069

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020Satu; Tugasan Minggu Ke-5


BAHAGIAN B:
Kepentingan Rule Of Thirds

Rule Of Thirds merupakan teknik fotografi yang sangat penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Semasa mengambil gambar seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan secara kotak grid. Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakkanya dekat garisan dan persimbangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan dalam fotografi. Rule of Thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih baik dan menarik. Rule of Third kebanyakannya memang ada di setiap telefon bimbit hal ini amat baik kerana pengguna telefon bimbit dapat menggunakannya apabila diperlukan iaitu bagi mengambil gambar dan mementingkan asas grafik keseimbangan di dalam gambar. Sebagai contoh, kotak grid dapat digunakan untuk mengambil gambar sesuatu pemandangan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Selangor. Penerbit UPM.

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5

Bahagian A


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Selangor. Penerbit UPM.

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5

BAHAGIAN B:

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian, secara umumnya yang kita ketahui bahawa apabila menulis atau menceritakan sesebuah cerita atau penulisan di media sosial memerlukan keyakinan yang tinggi kerana apabila seseorang membaca penulisan tersebut berkemungkinan mereka ingin memahami apa yang telah disampaikan oleh seseorang sebagai contoh, pengalaman atau cerita individu itu sendiri yang telah dialami di masa lalu atau tengah mengalaminya sekarang.  Selain itu, penulis juga bersikap negatif apabila ada orang lain yang membaca penulisannya di media sosial yang membuatkannya berasa takut untuk menulis. Apabila sesuatu cerita telah disampaikan melalui media sosial cerita tersebut mestilah benar dan sahih selain cerita tersebut betul-betul berlaku. Penulis juga takut bahawa apa yang disampaikan mungkin mendorong salah faham kepada pembaca misalnya kesalahan maklumat yang disampaikan atau akan mengundang benda-benda yang tidak baik berlaku antara penulis dan juga pembaca. (Normaliza Abd Rahim,2014)
Seterusnya, para pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti agar mereka lebih memahami proses pembelajaran bahasa. Pelajar perlu juga melibatkan diri dalam media sosial untuk mewujudkan jaringan komunikasi dengan orang lain juga dengan kawan rapat. Sebagai contohnya, seorang pelajar juga perlu mempunyai akaun Instagram, Twitter atau Facebook. Hal ini perlu ada bagi memudahkan urusan sosial dua hala dengan rakan-rakan. Dengan itu, pelajar tidak hanya membaca buku kerana mereka boleh menjadi tertekan kerana tidak ada interaksi dengan kawan-kawan. Pelajar juga boleh belajar secara tidak langsung dengan aplikasi media sosial seperti Twitter kerana di situ juga terdapat bahan ilmu yang boleh dibaca.


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (20190, Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.



Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: BUKU MUTIMEDIA DALAM BAHASA

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA:


1. MUDAH
Asas grafik mudah ialah, senang difahami tentang sesuatu gambar itu. Gambar yang digunakan tersebut perlu jelas sebagai contohnya, sebuah gambar di pusat peranginan seperti pantai. Jadi, jika melihat gambar tersebut akan tahu bahawa tempat tersebut adalah pantai atau laut.

2. WARNA
Boleh didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Warna yang digunakan mestilah menarik dan ton bagi warna tersebut tidak melebihi tiga warna supaya gambar yang dihasilkan cantik. Sebagai contoh, sekeping gambar yang menunjukkan seorang model peragaan memakai baju yang kelihatan anggun berwarna biru disertai dengan tudung berwarna biru gelap. Terdapat juga latar belakang rumah tradisional yang indah tersergam di bahagian latar belakang

3. TEKS
Teks yang digunakan mengikut asas grafik ialah teks yang sesuai dengan jenis dan saiz fonts. Selain itu, teks perlulah sesuai dengan latar belakang gambar yang digunakan. Warna teks juga penting dalam asas grafik juga teks yang diletakkan tidak terlalu banyak. Sebagai contoh, Gambar seorang usahawan di dalam majalah yang duduk di sebelah kanan manakala di sebelah atas kiri mempunyai teks yang agak besar dan menarik.

4. KESESUAIAN
Gambar yang digunakan sesuai dengan keadaan tempat dan masa dalam suatu gambar atau video. Selain itu juga, setiap watak dan latar perlulah bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar yang diambil ketika matahari sudah terbenam di sebuah tasik.

5. KESEIMBANGAN
Gambar yang dipilih perlu mempunyai keseimbangan iaitu objek yang berada di kiri, kanan seimbang serta atas dan bawah juga seimbang. Gambar tersebut perlu seimbang antara permukaan yang kosong dan permukaan yang padat. Sebagai contohnya gambar seorang perempuan yang berdiri di sebelah rumah dan di langit di bahagian kanan kelihatan lebih cerah. Di bahagian kiri pula terdapat pohon-pohon yang besar dan langit kelihatan sedikit gelap. 




BBM3410Satu2020: BUKU KAJIAN WACANA

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VAMDIJK, 1977)


Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahulua, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks. 


Menurut rujukan Normaliza Abd Rahim (2019), struktur makro dapat dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Seterusnya, struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.



Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT



MANFAAT PENGGUNAAN MANFAAT INSTAGRAM


Manfaat Penggunaan Manfaat Instagram






Instagram membantu dalam mempelajari cara merakam video seperti video terkini serta menonton cerita pendek yang ada di Instagram. Selain itu, juga memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian seseorang dan berpeluang untuk berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Selain itu, manfaat lain instagram dapat mempelajari kemahiran baharu di cerita pendek seperti kemahiran memasak atau kemahiran mengedit video. Seterusnya bagi pengajar cerita pendek di Instagram dapat membantu dan memudahkan urusan mereka untuk berkongsi ilmu pengetahuan di media sosial seperti Instagram.


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.


BBM3410Satu2020: BUKU KAJIAN WACANA

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Donvei & Scott (1997)


Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran'
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-conaige)
7. Penstrukturan penggunaan kaedah bukan bahasa(Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim,2018 ringkasan kepentingan Taksonomi Strategi Komunikasi ialah peninggalan mesej yang bermaksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengan ayat supaya ayat tersebut tidak lewah atau berlebih-lebihan. Pengelakan topik pula ialah pengelakan menulis sesuatu topik kerana tidak tahu akan sesuatu perkataan tersebut.Penukaran mesej ialah penukaran mesej asak dengan mesej yang baharu kerana pengurangan kosa kata. Penghampiran pula ialah penggunaan perkataan yang ada semantik yang sama dengan perkataan sasaran. Seterusnya. penggunaan perkataan bermaksud tujuan penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat. Penstrukturan semula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa. Kepentingan lain ialah terjemahan literal yang merupakan terjemahan sesuatu perkatan, frasa atau sebagainya. Selain itu, pengantarabangsaan bermaksud bahasa lain dari bahasa  dan diubah suai secara fonologi kepada bahasa sasaran. Penukaran kod pula bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Tambahan pula, penggunaan perkataan yang tiada  makna atau strategi penanda digunakan untuk menggantikan degan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tiada makna.



Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN BAB 6 




  Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Kajian ini turut menggunakan responden lelaki dan wanita. Responden wanita lebih banyak meluahkan perasaan menerusi blog kerba cara tersebur lebih baik berbandingdengan ketiga-tiga cara tersebut. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding responden lelaki yang tidak berminat untuk meluahkan perasaan di laman blog kerana ia boleh dibaca oleh orang lain dan mungkin akan mendatangkan rasa malu. Responden wanita juga gemar menulis blog bagi meluahkan perasaan secara peribadi dan pada setiap hari. Bagi responden lelaki pula peratusan lebih tinggi dalam pemikiran kritis iaitu melalui teka-teki. Mereka lebih gemar menulis teka-teki kerana dapat meningkatkan motivasi menggunakan bahasa sasaran dan teruja untuk menyelesaikan teka-teki dariapada blog rakan mereka. Ia juga lebih mencabar minda dan secara automatik dapat berfikir secara kritis.

   Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran teknologi pula menerusi tiga cara iaitu video, audio dan fotografi. Kedua-dua responden lebih gemar pembelajaran teknologi dalam blog secara video dan audio. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dapar memotivasi mereka untuk mencuba perkara baharu di dalam blog. Melalui penggunaan video dan audio sekaligus memberi kelebihan terhadap penceritaan yang ditulis di blog. Responden lelaki dan wanita teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka supaya kelihatan lebih menarik dan seronok. Menerusi ketiga-tiga bahagian ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden  yang terlibat dalam kajian ini memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. 


    Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan dapat dirumuskan melalui tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusateraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Lakaran graf yang dilukis menunjukkan responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan lebih banyak memilih penulisan secara cerpen pendek berbanding puisi, skrip, drama dan pantun. Hal ini disebabkan cerpen pendek lebih mudah dan efektif untuk ditulis oleh setiap golongan. Responden wanita juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Oleh itu, kedua-dua responden ini juga menyatakan bahawa cerpen yang ingin disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca.

    Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Kajian ini turut menggunakan responden lelaki dan wanita. Responden wanita lebih banyak meluahkan perasaan menerusi blog kerana dengan cara tersebut lebih baik berbanding dengan ketiga-tiga cara tersebut. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding reponden lelaki yang tidak berminat untuk meluahkan perasaan di laman blog.



BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof, Normaliza. Terima kasih kerana ajar saya dan rakan-rakan tentang penterjemahan menggunakan komputer. Saya sangat berse...